Thursday, December 22, 2016

Faye Kusairi, Azmi Hatta Cari Tarikh Sesuai Kahwin

Hebahan khabar angin yang menyatakan bahawa pelakon Faye Kusairi dan juga bakal suami, Azmi Hatta sebelum ini bagaimanapun mendapat jawapan berbeza dari empunya badan. Menurut Faye, sehingga kini dia masih lagi mencari tarikh yang sesuai.

BACA: Faye Kusairi Nafi Putus Cinta Dengan Azmi Hatta

“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini. Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai,” kongsinya kepada Harian Metro.

Sementara itu, keluarga kedua dua belah pihak juga belum berjumpa dan jika ada kelapangan, mungkin perbincangan akan dilakukan pada bulah Januari. Faye sebelum ini turut menepis khabar angin bahawa cintanya bersama Azmi Hatta sudah berakhir.

Selain itu, bekas isteri Azmi yang juga penyanyi Elly Mazlein memuat naik status di Instagram memaklumkan Azmi bakal berkahwin pada Februari depan dan pastinya perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat Elly sendiri. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments