Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama cinta hati, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola sepak JDT pada 13 Januari tahun depan. Selain itu, Mia turut memaklumakn tarikh pernikahannya terpaksa dianjakkan sendikit kerana komitmen kerja pada sidang media yang diadakan petang tadi.
BACA: Bakal Suami Beri Masa Mia Ahmad Fikir Kerjaya
“Kami sepatutnya bernikah lebih awal, tetapi perancangan itu terpaksa dianjakkan sedikit apabila Izham terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, perancangan yang telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu kini sudah hampir 80 peratus sempurna”
“Kami bersua buat kali pertama pada November tahun lalu ketika saya menjalani penggambaran di Johor Bahru. Kami diperkenalkan menerusi kawan. Mulanya, saya langsung tidak tahu Izham bintang bola sepak, selepas pertemuan itu, kami tidak pernah berhubungan sehinggalah Izham menegur saya di laman Twitter,” katanya kepada Berita Harian Online.
Mula berkenalan sejak setahun lalu, Izham yang teruja dapat bertemu dengan pelakon kesayangannya itu tidak menyangka Mia adalah seorang yang sangat manja dan memahami. Tambahnya lagi, bagi menghormati minat bakal isterinya dalam bidang lakonan, beliau tidak akan menghalang Mia untuk meneruskan kerjayanya walaupun selepas berkahwin.
Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kelab Gold Taiping. Seterusnya, mereka bakal diraikan dalam satu majlis di Kuala Lumput pada akhir Januari serta diikuti dengan acara bertandang pada sebelah pengantin lelaki di Marang, Terengganu. (rkty/w)
0 comments