Wednesday, December 21, 2016

Pesanan Siti Nurhaliza Tentang Aksi Dato Jamal Yunos

Pesanan Siti Nurhaliza Tentang Aksi Dato Jamal Yunos

ct-jml

Jamal Yunos mendapat perhatian apabila hanya bertuala ketika hadir di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Aksinya itu menjadi bualan orang ramai.

Ternyata ramai pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Jamal tersebut dan ini termasuk penyanyi popular iaitu Siti Nurhaliza.

Di Instagramnya, Siti Nurhaliza telah memuat naik kembali foto Jamal yang bertuala itu dan repost caption dari rakan artis Yassin.

Ini captionnya:

“Jangan jadi macam jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol”

Foto yang dimuat naik oleh Siti itu mendapat 17 ribu likes dan lebih 1,000 komen. Rata-rata follower Siti dilihat bersetuju dengan komen penyanyi itu.

Jamal menjadi tumpuan setelah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini. -PENMERAHDOTCOM

ct

The post Pesanan Siti Nurhaliza Tentang Aksi Dato Jamal Yunos appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments