Wednesday, December 21, 2016

“Saya Sedang Diuji Dengan Dugaan Hebat”

Ketika ini mungkin ramai yang mengecam tindakan Fattah Amin yang dilihat menduakan Neelofa seperti yang dilaporkan oleh media. Tidak menafikan mahupun mengiyakan kontroversi yang melanda dirinya, Fattah tidak memberikan penjelasan lanjut mengenainya dan hanya menganggap dirinya sedang diuji dengan ujian yang hebat di saat namanya kini sedang melonjak naik.

BACA: “Pendek Kata, Fattah Amin Kantoi”

“Salam semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang terus menerus daripada semua pihak media. Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini. Setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji”

“Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji. Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini,” katanya kepada portal Astro Gempak berhubung dengan keretakan hubungan cintanya.

Pada masa yang sama, Fattah turut berterima kasih kepada peminatnya yang masih menyokong kerjayanya dikala namanya tidak habis dihimpit dengan kontroversi cinta separuh jalan. Sebelum ini, Neelofa mendakwa pasangannya di dalam drama Suri Hati Mr Pilot telah kantoi mempunyai hubungan cinta bersama wanita berdarah kacukan. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments