Benda yang orang selalu ambil remeh and terlepas pandang. Anak saya ditegur, dari pagi biasanya dia akan tidur pukul 10.30 pagi. Tapi hari ini dia tak nak tidur walaupun mengantuk, tapi saya ingat sebab sepupu-sepupu dia ada, dia nak bermain.
Mulanya saya ingat dia asyik gelak sebab dia suka bermain. Tapi dia duduk seorang pun dia gelak macam ada orang acah-acah dia. Sampailah jam 3 petang saya keluar nak beli barang. Bawalah dia dan makcik asuhan yang selalu jaga dia. Tetiba dia gelak makin kuat terkekek-kekek, walhal waktu itu dia memang mengantuk.
Biasanya juga naik saja kereta dia akan tidur. Tetiba dia gelak jugak. Saya pun pasanglah ayat kursi dan yaasin supaya dia dengar and berhenti gelak. Dia diam selama 10 minit, kemudian gelak sampai sesak nafas dibuatnya.
Saya pun terus balik rumah dan beritahu pada mak saya. Pada mulanya mak kata biasa saja. Tiba-tiba dia tengok cucu dia gelak terkekek semacam, macam ada orang tengah bermain dengan dia. Mak ai, kita punya bulu roma meremang naik
Selepas saja isyak, mak ajak saya pergi rumah tokcik minta air tawar sikit. Tengah tokcik bacakan ayat Al-Quran, dia punya selok menangis macam ada orang cubit. Walhal waktu itu elok ada saja dia duduk gelak. Saya yang tengok ini lagilah seram.
Posted by Ecah Dodin on Friday, March 24, 2017
Suami balik kerja, saya tanya "Abang ada naik ambulan ambil orang mati tak?"
Suami saya pun jawab, semalam adalah. Ambil Bangla meninggal kena langgar lari. Saya pun terus teringat, semalam suami balik dia just tukar baju tapi tak sempat mandi sebab nak keluar ambil barang customer dah tunggu. Tapi sebelum itu, dia ada cium anak dia.
Semua ini kebetulan benda nak jadi. Tapi kena beringatlah setiap masa walau hanya kebetulan sahaja. Bukan apa, orang muda ini kalau kita pesan, dia buat tak tahu saja. Selagi tak kena, selagi itu tak serik. Dah kena, baru nak menggelabah.
Salah saya juga, tak berkeras mana. Saya cakap pada suami, selepas ini kita memang kena beringat. Dia balik kerja wajib duduk di luar 10 minit dan masuk rumah terus mandi. Budak-budak ini, dia tak macam kita. Sebabnya tok tanya saya, ada bawa Dean ke hospital ke? Sedangkan tak ada keluar bawa ke hospital pun. Selepas itu dah dapat agak mesti sebab suami balik kerja tak mandi. Biasanya dia mandi dulu. Allahu.
Nasihat saya ibu dan bapa:
- Waktu maghrib, jangan bawa anak keluar.
- Kalau suami atau isteri balik kerja terus mandi. Baca apa apa yang patut sebelum masuk rumah.
- Selalu baca Ayat Kursi untuk pendinding diri kita sekeluarga.
- Jangan bagi anak tidur waktu maghrib.
- Jangan selalu lambat tutup tingkap and pintu rumah bila dah senja.
- Pasang ayat Al-Quran selalu.
- Bagi salam kuat-kuat sebelum masuk rumah.
- Ambik masa suami isteri baca Al-Quran selalu. Alhamdulillah lepas maghrib boleh baca.
0 comments