Tuesday, March 28, 2017

Johan, Ozlynn Tak Mewahkan Anak Anak

Biarpun kehidupan mereka kini jauh berbeza daripada dahulu, namun pasangan, Johan dan Ozlynn tidak pernah menjadikan ianya alasan untuk memanjakan anak-anak dengan kemewahan. Bagi mereka, adalah penting menanamkan sikap rendah diri di dalam jiwa anak-anaknya supaya dapat mendalami kehidupan susah ketika membesar.

BACA: Johan, Jozlyn Terkilan Dikecam Hadiri Pengebumian Keluarga?

“Anak-anak kami hanya mewah melalui makanan tetapi tidak harta benda. Sebab memang itu yang suami saya mahukan. Bagi suami saya, anak-anak kami perlu tahu nilai wang yang sebenar. Dan bukan mudah sebenarnya untuk mencari wang. Jadi kami tanamkan dalam diri setiap anak-anak kami supaya jangan membazir dan sentiasa bersyukur dengan yang mereka ada”

“Pernah anak sulung kami meminta telefon bimbit. Namun suami menolak permintaan itu dengan alasan ketika dia seusia anak sulung kami, kehidupannya jauh lebih susah dan dia minta anaknya mendalami keadaan itu. Jadi menjadi anak kepada Ozlynn dan Johan bukan bermakna mereka lari daripada memahami susahnya untuk mencari duit,” katanya kepada Utusan Online.

Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk membesarkan anak-anak, dan bagi Ozlynn, mereka lebih mementingkan keperluan anak-anak di masa hadapan berbanding sekarang seperti simpanan dan aset. Mungkin juga kesusahan yang dialami mereka suatu ketika dahulu membuatkan pasangan ini lebih menghargai harta benda dan tidak berbelanja sewenangnya.

Mempunyai empat orang cahaya mata pada ketika ini, Ozlynn memberitahu, dirinya tidak kisah jika diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi. Malah katanya, Johan juga lebih menyukai mempunyai ahli keluarga yang ramai kerana seronok melihat perkembangan pembesaran mereka di depan mata. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments