Ubi Kentang. Anda ingin turunkan berat badan ataupun kembali langsing? Cubalah diet ubi kentang!
Diet ubi kentang merupakan salah satu cara diet yang sering dilakukan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan, terutama di negara-negara Eropah. Jika dibandingkan dengan nasi,ubi kentang memiliki kalori yang rendah sehingga sesuai dijadikan makanan pengganti nasi, khususnya buat mereka yang sedang berdiet.
1. Mengandungi Banyak Air
Ubi kentang juga mempunyai kandungan zat cecair yang membantu anda berasa kenyang lebih lama sehingga anda tidak mudah berasa lapar. Kandungan seratnya yang tinggi bagus untuk sistem penghadaman terutama bagi anda yang berdiet. Bahkan, serat yang cukup tinggi dalam ubi kentang ini juga dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.
2. Mengawal Kelaparan
Sebagai sumber karbohidrat, ubi kentang juga akan menambah energi anda yang sedang mejalankan program diet. Energi ekstra ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk anda bersenam ataupun melakukan aktiviti bersantai. Di samping itu, pengambilan ubi kentang juga dapat mengurangi kadar kolesterol.
3. Kaya Vitamin
Sebagai salah satu jenis sayur, ubi kentang juga dilengkapi dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya, vitamin C dan B5 yang akan menjadikan anda lebih sihat ,segar dan ceria.
Info Ekstra!
Ubi kentang selain membantu diet, ia juga mempunyai manfaat lain buat kesihatan tubuh dan kecantikan kulit anda.
Meredakan stress – Kandungan vitamin B6 pada ubi kentang membuat hormon adrenalin bertindak balas pada stress sehingga membuatkan tubuh anda jadi relaks dan lebih tenang.
Melawan Penyakit – Selain kandungan vitamin, mineral, serta serat. Ubi kentang juga mengandungi zat ‘karotenoid’, yang sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung dan organ organ internal tubuh yang lainnya. Bahkan ia juga membantu mengurangi kanser prostat dan kanser rahim.Kandungan vitamin B yang tinggi memperkecilkan pembentukan tumor serta turut mengurango risiko penyakit gangguan saraf. Cuma bagi anda yang obesiti dan mempunyai penyakit diabetes anda tidak digalakkan memakannya. Ini adalah kerana ubi kentang banyak karbohidrat dan glukosa.
Baik Untuk Kesihatan Kulit – Ubi kentang mengandungi vitamin C tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan B kompleks serta mineral juga bagus untuk kulit. Ubi kentang mentah yang diparut atau dilumatkan dan dicampur dengan madu, boleh berfungsi sebagai masker wajah dan mampu mengurangi pembengkakan serta lingkaran hitam di bawah mata. Membuat jus kentang bagi mengatasi jerawat juga boleh dilakukan sebagai alternatif merawat jerawat.
Meningkatkan Fungsi Otak –Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak. Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan penting iaitu B6 dan asid folat yang merupakan salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.
Baca Juga: Cara Turunkan Darah Tinggi
Tekanan Darah Tinggi – Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kandungan vitamin C dan B yang cukup banyak di dalamnya dapat membantu. Namun, elakkan memakan ubi kentang secara berlebhan, terutama bagi anda yang menderita diabetis.Kandungan serat di dalam ubi kentang dapat membantu menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan fungsi insulin yang ada di dalam tubuh.
Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mahu mengurangkan berat badan.
Sumber: wom.my
via Bin Usrah
0 comments