Tahniah diucapkan buat dua jiwa yang saling mencintai, Nora Danish dan juga Nedim Nazri kerana telah selamat bergelar suami isteri. Pasangan ini telah diijabkabulkan di sebuah lokasi berdekatan Seputeh, Kuala Lumpur, dengan dua kali lafaz.
BACA: Nora Danish Harap Peminat Doa Perkahwinan Kedua Kekal
Majlis yang diadakan secara tertutup tersebut dalam masa yang sama turut dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat Nora dan juga Nedim.
Memetik kenyataan Nora kepada BH Online sebelum ini, pelakon wanita ini mengharapkan agar perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan. Lebih beruntung, peminat setia Nora Danish sememangnya sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Apa pun, semoga ikatan yang terjalin ini akan terus dilimpahikan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Malah ramai yang menantikan destinasi seterusnya untuk pasangan ini berbulan madu. (rtky/s)
0 comments