Friday, March 31, 2017

Siti Saleha Sahkan Bakal Nikah 28 Julai

Tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama, Siti Saleha akhirnya telah membuat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar pada 28 Julai ini. Jelasnya lagi, majlis pernikahannya itu akan dilangsungkan sejurus selepas solat Asar di sebuah lokasi yang masih perlu dirahsiakannya terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepada umum.

BACA: Siti Saleha Sahkan Bakal Kahwin Tahun Ini

“Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh, pada 28 Julai ini. Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya. Majlis pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis pada tarikh dekat supaya mudah saudara mara yang jauh datang”

Oleh kerana hangat isu selebrti tidak membenarkan media membuat liputan mengenai majlis pernikahan mereka baru-baru ini, Siti Saleha pula menyatakan pendapat yang berbeza. Baginya, beliau tidak kisah andai media ingin membuat liputan mengenai hari bahagianya namun beliau perlu berbincang dengan tunangnya dahulu sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak kisah jika ada media yang mahu membuat liputan pada majlis itu, namun saya akan berbincang dahulu dengan bakal suami. Saya takut jika dia tidak selesa pula kerana dia bukan selebriti,” jelasnya kepada m Star Online mengenai majlis perkahwinannya yang bakal diadakan.

Kalau diikutkan sudah tidak lama Saleha akan bergelar isteri orang, pasti tidak sabar peminat menantikan pelakon kesayangan mereka naik ke jinjang pelamin. Apapun semoga segala perancangan dan persiapan perkahwinan Saleha akan berjalan dengan lancar. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments