Wednesday, March 29, 2017

Muka budak melecur teruk terkena kuah panas, keluarga tuntut pampasan RM250K


JIANGSU, CHINA - Seorang kanak-kanak perempuan melecur teruk di bahagian muka selepas terlanggar pelayan restoran yang sedang membawa hidangan panas, lapor Mirror. 

Dalam kejadian yang berlaku di bandar Wuxi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa sebelum itu berlari meninggalkan ibunya di belakang dan terlanggar pelayan restoran berkenaan. 

Insiden itu menyebabkan wajah mangsa terkena tumpahan kuah hidangan panas berkenaan. 

"Saya ketakutan bila melihat anak saya dan menyedari kulit wajahnya mula tertanggal akibat melecur teruk," kata ibu mangsa. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dan kini masih dirawat. Namun mangsa bernasib baik kerana keadaannya tidak kritikal. 

Keluarga mangsa menuntut pampasan 390,000 RMB (RM250,132) dari pihak restoran, namun pemiliknya enggan menuruti permintaan mereka sehingga kes itu disiasat oleh pihak ketiga. 


"Kami boleh beri lebih dari 390,000 RMB jika keluarga mangsa boleh memberi dokumen pengesahan bahawa mangsa memerlukan amaun sebanyak itu untuk menanggung kos rawatan kanak-kanak berkenaan," kata salah seorang pengurus restoran berkenaan. 

Bagaimanapun laporan tidak menyatakan sama ada pihak restoran mahu kejadian itu disiasat oleh pihak berkuasa. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments