Sunday, April 23, 2017

Buka Tudung: Sara Ali Tak Mahu Hidup Berpura Pura

Gara-gara pengakuan nekadnya bertudung kerana terpaksa tempoh hari, Sara Ali dikecam teruk oleh peminat, sehingga ada yang menggelarkannya ahli iluminati kerana tindakannya membuka tudung selepas 10 bulan berhijab. Biarpun kejujurannya membuat pengakuan itu kerana sudah tidak mahu hidup berpura-pura, namun peminat seakan tidak mempedulikannya.

BACA: “Saya Tak Tenang Sejak Pakai Tudung”

“Saya enggan hidup berpura-pura lagi, sebab itu saya buat pendedahan sendiri. Macam yang saya cakap, saya nak jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung. Saya terima dengan dada yang terbuka apabila teruk dihentam kerana tahu kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri”

“Apa yang penting, saya tidak menunggang agama untuk kepentingan diri. Isu pemakaian tudung dan buka tudung ini dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya kepada Utusan Mingguan mengenai pengakuan membuka hijab sejak 10 bulan bertudung.

Menyedari kritikan yang diterima, Sara berharap suatu hari nanti kontroversi tersebut akan reda akhirnya kerana beliau tidak ingin mengenangkan lagi peristiwa hitam tersebut dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Katanya lagi, biarlah kejujuran ini membuktikan dirinya tidak menggunakan nama agama hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Terdahulu menerusi Facebook Live, Sara menjelaskan bahawa beliau tidak tenang sejak memakai tudung 10 bulan lalu dan membuat keputusan untuk membukanya. Jelasnya lagi selama hampir setahun itu juga, beliau bertudung bukan kerana Allah dan merasa serba salah saban hari. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments