Thursday, April 27, 2017

Lelaki ini dikurung kerana disangka disumpah hantu, rupa-rupanya ada tumor sebesar buah tembikai di perutnya


BARAT BENGAL, INDIA - Doktor berjaya mengeluarkan tumor sebesar saiz buah tembikai dari perut seorang lelaki selepas setahun menanggung derita membawa ketumbuhan itu dan disangka dirasuk oleh hantu, lapor Mirror.

Shyamal Tirke, 49, memberitahu doktor yang dia telah menanggung ketumbuhan itu setahun dan kerap muntah setiap kali dia makan. 

Penduduk kampung menyangka Shyamal telah dirasuk hantu dan dibawa berjumpa dengan bomoh, sebelum dikurung dalam sebuah bilik. 

Namun, jiran terdekat memujuk ahli keluarganya membawa Shyamal ke hospital di Kolkata, untuk menjalani pemeriksaan dan membuang ketumbuhan di perutnya itu. 

Imbasan x-ray menunjukkan Shyamal menghidap tumor Retroperitoneal Liposarcoma, yang perlahan-lahan menghancurkan organ-organ penting dalam badannya. 


Seramai tiga orang doktor menghabiskan masa dua jam setengah untuk mengeluarkan tumor seberat 19 kilogram. 

Shyamal kini dilaporkan stabil dan akan kembali pulih dalam masa terdekat. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments