Tuesday, April 25, 2017

Izara Aishah, Adib Khalid Bakal Nikah Tahun Ini

Tidak mahu terus berselindung tentang hari bahagia mereka, Adib Khalid yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza melalui Harian Metro mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Izara Aishah tahun ini.

BACA: Hubungan Dengan Izara Aishah, Adib Khalid Beri Masa Tiga Tahun

“Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua”

“Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini,” jelasnya. Jika diimbas sekali, pada tahun 2014, Adib pernah menyatakan bahawa dia memberi tempoh masa 3 tahun untuk menjelaskan hala tuju hubungannya bersama Izara.

Apa pun, setelah disahkan sendiri oleh empunya badan, pastinya pasangan ini akan berkongsikan berita baik apabila segala perbincangan dengan pihak keluarga mencapai keputusan muktamad. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments