Sunday, April 23, 2017

Lofattah Ungguli Anugerah MeleTOP ERA 2017

Anugerah MeleTOP ERA 2017, menyaksikan hero dan heroin drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin dan Neelofa telah menggodol kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan (Wanita).

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2017

Ternyata penangan drama Suri Hati Mr. Pilot dan fenomena Lofattah seperti yang diramalkan berjaya memukau hati penonton sekaligus meraih anugerah dalam majlis yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam itu.

Bertemakan Bergabung Lebih MeleTOP AME menjadi pemangkin untuk memartabatkan penggiat hiburan tempatan. Berikut merupakan senarai pemenang melalui semua kategori yang dipertandingkan:

Artis Baharu MeleTOP: Khai Bahar
Bintang Online MeleTOP: Fattah Amin
Anugerah Couple MeleTOP: Akim & Stacy
Si Cilik MeleTOP: Yusuf Iskandar
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi ERA
Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Program MeleTOP: Taste Selebriti Ep 11 (Ep Neelofa)
Hos MeleTOP: Neelofa
Artis Lawak MeleTOP: Johan
Drama MeleTOP: Suri Hati Mr. Pilot
Pelakon TV MeleTOP: Fattah Amin
Grup/Duo MeleTOP: Dato’ Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP: Siti Nordiana
Lagu MeleTOP: Pencuri Hati- Ayda Jebat
Filem MeleTOP: Munafik
Bintang Filem MeleTOP: Fasha Sandha
Fesyen MeleTOP: Fattah Amin
Top Top MeleTOP (Wanita): Neelofa
Top Top MeleTOP (Lelaki): Fattah Amin

Load disqus comments

0 comments