Saturday, April 22, 2017

“Saya Tak Pernah Ajar Fathia Buat Perkara Tidak Baik”

Ramai mengetahui hubungan baik antara Uqasha Senrose dan Fathia Latiff, namun persahabatan itu seolah tidak direstui peminat. Ada yang mendakwa Uqasha memberikan pengaruh negatif terhadap Fathia dek kerana tindakan lampaunya membuka hijab. Bagaimanapun Uqasha seolah sudah kebal dengan kritikan itu dan enggan melayan tanggapan orang.

BACA: “Uqasha Senrose Macam Adik Saya Sendiri”

“Saya bukan saja boleh bersahabat baik dengan Fathia tetapi sesiapa saja yang mahu berkawan dengan saya. Takkan nak berkawan pun tak boleh? Pada saya, hubungan persahabatan kami memang ikhlas. Apatah lagi, saya tidak pernah mengajak atau mengajar dia melakukan perkara tidak baik. Salahkah kami berdua bersahabat”

“Bukankah dalam hal seperti ini ia bergantung individu itu untuk menilai atau melakukan perkara baik atau buruk. Tepuk dada tanya selera. Fathia sudah saya anggap bukan saja sahabat, malah kakak dan ahli keluarga. Fathia banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk memperbaiki mutu lakonan, selain memberikan kata-kata nasihat”

“Terpulanglah nak cakap apa pun saya tak kesah. Lagi pun, saya tidak pernah mengganggu hidup orang lain. Saya senang berkawan dengan mereka yang mahu berkawan dengan saya. Bagi saya, apabila ramai orang suka dan nak kawan dengan kita, ia membawa aura positif untuk diri kita sendiri,” jelasnya kepada Harian Metro.

Apapun rasanya tidak salah Uqasha berkawan dengan sesiapa sahaja, jangan jadikan masa lampau seseorang itu menjadi ukuran terhadap kehidupan orang lain. Benar juga kata Uqasha, Fathia tidak perlu dipengaruhi untuk berbuat sesuatu jahat. Masing-masing ada akan fikiran bukan. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments