Sunday, April 23, 2017

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2017

Membariskan nama-nama selebriti terkenal tanah air, pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dan ERA fm menganjurkan Anugerah MeleTOP ERA (AME 2017) yang bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Anugerah ini merupakan anugerah yang dipilih oleh para peminat untuk mengiktiraf selebriti terkemuka dan bakat dalam industri hiburan tempatan.

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2016

AME 2017 memperlihatkan sebanyak 17 kategori di mana dibahagikan kepada lima kategori berbeza iaitu Muzik (Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP), Radio (Penyampai Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP), Filem (Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP), TV/Online (Drama MeleTOP, Program MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Hos MeleTOP, Bintang Online MeleTOP) dan Selebriti (Artis Baharu MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Couple MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Si Cilik MeleTOP).

Kami kongsikan beberapa keping gambar barisan selebriti yang penuh bergaya sepanjang majlis karpet merah Anugerah MeleTOP berlangsung malam ini. Enjoice!

Load disqus comments

0 comments