Hepatitis B adalah penyakit infeksi yang sering terjadi dan disebabkan oleh virus Hepatitis B. Virus ini menyerang hati, menyebabkan peradangan dan menimbulkan terjadinya gejala penyakit. Infeksi Hepatititis B dapat terjadi secara berkepanjangan/kronis maupun tiba-tiba/akut. Infeksi yang berkepanjangan/kronis dapat menyebabkan pengerasan/sirosis hati dan kerusakan hati yang berat.
Berdasarkan World Health Organization, lebih dari 200 juta orang terkena penyakit ini di seluruh dunia. Di beberapa area di dunia, misalnya Afrika dan Asia, angka infeksi telah tercatat sebesar 10% dari populasi. Kondisi ini khususnya terjadi pada pasien yang terinfeksi pada usia muda. Mendekati angka 90% pasien yang mendapatkan infeksi selama bayi dan 30-50% pasien yang mendapatkan infeksi sebelum usia 5 tahun akan menjadi Hepatitis B kronis pada usia yang lebih tua. Lebih dari 70% pasien mati karena gejala dan komplikasi infeksi Hepatitis B setiap tahunnya.
10 mitos Tentang Hepatitis B
1. Saya tidak mungkin dijangkiti
Di kawasan endemik seperti Malaysia dan Asia Timur, kaedah transmisi termasuk penyebaran dari ibu ke anak atau dari satu individu ke satu individu yang lain ketika zaman kanak-kanak. Selain daripada melalui hubungan seks dan berkongsi jarum yang tercemar, anda juga boleh mendapat Hepatitis B melalui permindahan darah, berkongsi barangan persendirian seperti pisau cukur, berus gigi atau terdedah kepada luka yang terbuka.
Hepatitis B boleh menjangkiti sesiapa!
Virus Hepatitis B boleh hidup di luar badan manusia selama sekurang-kurangnya tujuh hari dan anda boleh dijangkiti virus hepatitis B sekiranya terdedah kepada cecair badan yang terjangkit. Virus hepatitis B mampu menyebabkan jangkitan sekiranya ia memasuki badan individu yang tidak dilindungi vaksin.
Virus hepatitis B tidak dapat merebak secara sendiri melalui makanan atau air tercemar dan tidak merebak secara interaksi normal di tempat kerja atau pusat jagaan harian.
2. Tidak mungkin saya ada Hepatitis B kerana saya berasa sihat
Kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang gejala ketika fasa jangkitan awal atau akut. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pesakit yang mengalami gejala penyakit akut seperti kulit dan mata menjadi kuning (jaundis), air kencing menjadi gelap, kelesuan, loya, muntah-muntah dan sakit perut. Gejala-gejala ini mungkin berpanjangan selama beberapa minggu.
Hepatitis B juga boleh mengakibatkan jangkitan hepar yang kronik di kalangan sebahagian pesakit. Ini boleh berlarutan dan menjadi sirosis hepar atau barah hepar.
Lebih 90% daripada dewasa sihat yang dijangkiti virus hepatitis B akan pulih dan semua virus akan hilang dalam tempoh enam bulan.
3. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti hepatitis B akan pulih- saya tidak perlu risau kerana ia bukan penyakit yang merbahaya. Lagipun, majoriti yang dijangkiti tidak ada sebarang gejala.
Bagaimanakah sekiranya anda antara yang bernasib malang dan ia berlarutan kepada penyakit kronik? Hepatitis B mampu mengakibatkan barah hepar dan sirosis hepar yang mungkin membawa maut.
Tahukah anda, seramai 15-25% orang dewasa yang menghidapi jangkitan kronik hepatitis B ketika zaman kanak-kanak maut akibat barah hepar atau sirosis hepar yang disebabkan hepatitis B?
4. Saya tidak perlu menjalani ujian saringan. Saya bukan penagih dadah atau penzina.
Sila rujuk perkara 1- sesiapa sahaja boleh dijangkiti hepatitis B. Sekiranya anda penghidap hepatitis B yang mengandung, adalah sangat penting untuk anda menjalani ujian saringan supaya anda boleh mendapat rawatan yang akan mengurangkan risiko untuk anda menjangkiti bayi di dalam kandungan.
Sekiranya ibu tidak dijangkiti, bayi tetap memerlukan suntikan vaksin supaya tidak dijangkiti orang-orang disekeliling seperti penjaga atau ahli keluarga yang lain.
Mengapakah perkara ini sangat penting? Sebahagian besar kanak-kanak yang dijangkiti hepatitis B ketika lahir atau pada awal usia kanak-kanak (sebelum umur 6 tahun) merupakan pesakit yang akan menghidapi jangkitan kronik dan seterusnya kegagalan hepar atau barah hepar.
Setelah Taiwan memulakan program imunisasi hepatitis B, insiden kes barah hepar di kalangan kanak-kanak telah berkurang secara mendadak. Ini bermaksud vaksin hepatitis B tidak menyebabkan barah hepar sebaliknya mampu mengurangkan insiden barah hepar.
Baca lebih lanjut di sini :- http://ift.tt/21rEoLk
6. Saya menerima vaksin hepatitis B ketika lahir – saya imun sepanjang hayat
Apabila menerima imunisasi- lebih dari 95% bayi, kanak-kanak dan belia menghasilkan imuniti terhadap hepatitis B. Imunisasi ini bertahan selama sekurang-kurangnya 20 tahun dan kemungkinan adalah sepanjang hayat.
Berbeza dengan individu yang tidak dapat menghasilkan imuniti terhadap hepatitis B apabila diberi dos biasa vaksin. Mereka digelar golongan bertindakbalas rendah (poor responders).
Sekiranya anda seorang individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti virus hepatitis B (pekerja kesihatan, pesakit yang menjalani dialisis dll)- anda haruslah memastikan antibodi hepatitis B anda untuk mengetahui samada anda imun atau tidak. Sekiranya tahap antibodi rendah, anda boleh mendapat vaksin semula atau diberi dos tambahan vaksin hepatitis B.
7. Saya seorang pelajar perubatan. Saya lebih risau tentang HIV berbanding Hepatitis B sekiranya saya terkena jarum.
Anda lebih berisiko dijangkiti Hepatitis B berbanding HIV sekiranya terkena jarum secara tidak sengaja. Risiko jangkitan selepas terdedah kepada darah yang dijangkiti HIV adalah 0.3% manakala risiko adalah 100 kali ganda (30%) bagi Hepatitis B dan setinggi 10% bagi Hepatitis C.
8. Sahabat saya menghidap Hepatitis B yang kronik. Saya tidak seharusnya mendekati beliau lagi.
Adalah sangat penting untuk difahami bahawa Hepatitis B tidak merebak melalui perkongsian makanan atau minuman, perkakas makanan atau bekas minuman, hubungan kasual, batuk atau bersin, pelukan atau ciuman dan penyusuan ibu. Tiada sebab mengapa anda perlu menjauhkan diri daripada seorang individu yang dijangkiti virus Hepatitis B.
Individu yang menghidapi Hepatitis B kronik tidak perlu dikecualikan daripada bekerja, sekolah atau aktiviti harian yang lain.
Sekiranya keputusan hepatitis B anda positif lebih daripada 6 bulan, ini menandakan anda menghidapi jangkitan hepatitis B kronik (jangka panjang). Kebanyakan individu yang menghidap jangkitan hepatitis B kronik dapat menjalani hidup normal.
Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengelak daripada menjangkiti orang lain- anda harus memberitahu kenalan rapat (ahli keluarga dan pasangan seksual) supaya mereka boleh mendapat imunisasi untuk perlindungan masing-masing.
Rawatan bagi Hepatitis B wujud tetapi bukan setiap individu yang dijangkiti hepatitis B perlu dirawat. Virus Hepatitis B tidak aktif dalam pesakit kronik Hepatitis B dan tidak menyerang hepar pesakit. Walau bagaimanapun terdapat beberapa individu yang mempunyai virus yang sangat aktif dan ia akan mereplikasi di dalam badan dengan kadar tinggi sambil menyerang hepar.
Individu yang mempunyai aras virus Hepatitis B tinggi dan/atau kerosakan hepar harus berjumpa dengan pakar hepar untuk menerima rawatan antivirus.
Rawatan ini tidak dapat menyembuh Hepatitis B. Ia hanya mampu menyekat aktiviti virus dalam badan, menghalang replikasi virus dan memperlahankan kerosakan hepar. Doktor juga akan memantau fungsi hepar dan menyaring untuk komplikasi seperti barah hepar.
Langkah-langkah yang perlu diambil setelah dijangkiti hepatitis B
- Jauhi minuman beralkohol atau ubat yang mungkin merosakkan hepar.
- Amalkan diet rendah lemak. Lakukan senaman secara konsisten dan sasarkan berat badan optimum.
- Berhenti merokok.
- Lakukan hubungan seksual secara selamat (gunakan kondom!)
- Berhati-hati sekiranya terluka (pastikan anda membersihkan sebarang darah yang menitik)
- Pastikan kelaurga anda divaksin
10. Saya dijangkiti hepatitis B. Saya tidak mahu menjangkiti bayi saya maka saya memilih untuk tidak menyusu badan.
Walaupun virus Hepatitis B mampu dikesan di dalam susu ibu, seorang ibu yang dijangkiti hepatitis B tetap mampu memberi penyusuan ibu kepada bayinya sekiranya bayi tersebut diberi suntikan H-BIG dan vaksin Hepatitis B sekurang-kurangnya 12 jam setelah lahir. Hepatitis B tidak merebak melalu susu ibu! Tetapi para ibu perlu menjaga kawasan puting untuk mengelakkan rekahan dan luka.
Wanita yang dijangkiti Hepatitis B digalakkan melakukan penyusuan ibu kerana kebaikan susu ibu melebihi risiko kemungkinan virus dipindahkan melalui susu ibu.
Walau bagaimanapun anda dinasihatkan supaya tidak melakukan penyusuan ibu sekiranya anda sedang mengambil ubat antiviral untuk hepatitis B seperti enetecavir/lamuvidine dan sebagainya. Kesan ubat-ubat ini terhadap bayi yang baru lahir masih belum dikenalpasti.
The post 10 mitos Tentang Hepatitis B appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments