Breaking News
Fetching data...

Monday, May 30, 2016

3 Makanan Enak Tapi Merbahaya Untuk Tubuh Ketika Cuaca Panas

Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air untuk mengekalkan kadar cecair dalam badan tetapi juga mengawasi apa yang dimakan.

Tiga jenis makanan ini sebaiknya anda kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.

 

1. Makanan pedas

cayenne-pepper

 

Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan.

Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan. Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas.

Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.

 

2. Teh dan kopi

kopi and tea

 

Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh. Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari.

Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.

 

3. Hidangan berasas daging

burger

Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya.

Ini kerana makanan berasaskan daging bersifat tinggi protein dan sukar dihadam. Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan.

Selain itu tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi amatlah disarankan agar kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.

 

Tips kekal sihat di musim panas

Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.

ggh5

Sumber

The post 3 Makanan Enak Tapi Merbahaya Untuk Tubuh Ketika Cuaca Panas appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Load disqus comments

0 comments