Monday, May 30, 2016

Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak

Selepas mendedahkan status perkahwinan beliau yang telah bercerai setahun lalu, Elly Mazlein kini memberitahu bahawa beliau bakal membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak lama lagi bagi mendapatkan hitam putih berikutan menginginkan masa depan yang terbaik buat dirinya dan juga puteri sulong beliau, Putri Sara Sefhia

BACA: Elly Mazlein Sedia Diheret Faye Kusairi Ke Mahkamah

“Pada saya terpulang pada diri sendiri dan masing-masing pun sudah besar serta fikir-fikirkanlah sendiri. Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak”

“Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai kehidupannya kini yang lebih bahagia selepas bercerai.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perspektif negatif orang ramai berkenaan menggunakan pembantu rumah untuk menjaga anak, Elly berpendapat tidak perlulah menjatuhkan hukuman membabi buta disebabkan cerita negatif yang didengar. Malah katanya, beliau berfikiran positif dengan keputusannya itu. (rkty/w)

1- Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak - jpeg 3- Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak - jpeg 4- Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak - jpeg 5- Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak - jpeg 6- Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak - jpeg 7- Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak - jpeg
Load disqus comments

0 comments