Perbualan eorang lelaki yang dipercayai anggota polis, cuba menganggu isteri orang, tersebar di media sosial sejak 27 Mei lalu.
Gambar-gambar tersebut dimuat naik oleh suami kepada wanita berkenaan, yang juga menuntut anggota terbabit dikenakan tindakan tegas.
"Dasar pengamput. Dari mula sampai habis, chat dengan dia. Kau tak tahu dia (isteri) dah bersuami? Tetapi masih juga bertanya, 'suami you tak marah ke?'.
"Bodoh betul. Kau fikir isteri aku senang macam itu saja kau nak ajak buat 'projek'? Siapa yang kenal lelaki ini, baik berjaga-jaga. Nama saja polis, tetapi kacau isteri orang. Muka pun macam kaki seks. Ada hati nak kebas isteri orang. Salah orang kau nak cuba. Ini buktinya dan kita jumpa di balai polis," katanya.
Seorang netizen berkongsikan gambar-gambar viral itu pula berkata sebaliknya.
"Janganlah sengaja nak membuka aib orang. Kalau tahu diri itu sudah berkahwin, sudah bersuami, tak perlulah layan chat lelaki itu dari awal. Semakin dilayan, semakin panjanglah chat dan menjadi semakin menjadi-jadi. Lepas itu, mulalah mengenja (mengatal) dikata gagal. Oh, people nowdays." kata Patricia Beji.
Namun netizen yang lain mengkritik kenyataan wanita itu, dan menganggap dia tidak membaca keseluruhan gambar bukti yang dikongsikan. - SUMBER
0 comments