Selebriti terkenal Nora Danish mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan dia untuk berkahwin lagi.
Dia yang ditemui di majlis pelancaran butik Whitehanger kelmarin menganggap perkara tersebut merupakan satu doa buatnya untuk terbuka hati berkahwin kali kedua.
“Pasal kahwin saya anggap ianya satu doa kerana ramai yang bertanya dan sentiasa mendoakan perkara yang baik itu,” katanya semasa berada di majlis pelancaran butik Whitehanger kelmarin.
Sementara itu, Nora memberitahu dia kini sibuk dan seronok menjalankan perniagaan bersama-sama rakannya dan tidak mustahil kelak lakonan akan dijadikan sebagai hobi sahaja suatu hari nanti. (rtky/h)
0 comments