Satu kebakaran telah berlaku di rumah pasangan suami isteri yang menetap Summerlin di Las Vegas pada jam 2 pagi, ketika mereka sedang nyenyak tidur.
Pasangan ini terjaga selepas mendengar kucing mereka mencakar kabinet kayu seolah-olah cuba mengejutkan mereka daripada kebakaran itu.
Setelah menyedari apa yang berlaku, mereka terus menghubungi polis dan keluar meninggalkan rumah bersama kucing dan anak saudara mereka.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, hanya bahagian garaj rumah tersebut musnah akibat kebakaran tersebut.
Mungkinkah ini salah satu cara haiwan tersebut membalas jasa tuannya.
Sumber: Mynewshub
0 comments