Wednesday, May 4, 2016

Baby Ini Dilahirkan Dengan 15 Jari Tangan, 16 Jari Kaki

Screen Shot 2016-05-04 at 5.16.59 PM

Di Beijing, seorang bayi lelaki berusia 3 bulan, dilahirkan dengan jari tangan dan kaki yang berlebihan. Honghong mempunyai dua tapak tangan dan kaki tanpa ibu jari dan simptom ini dipanggil ‘polydactyly’.

Sebelum melahirkan Honghong, ibu beliau telah menjalani ujian imbasan di sebuah hospital di Shenzen dan pihak hospital telah mengesahkan bahawa kandungannya normal. Namun mereka terkejut apabila mendapati Hongheng mengalami masalah jari terlebih sama seperti ibunya.

Screen Shot 2016-05-04 at 5.17.06 PM

Memandangkan mempunyai jari yang lebih akan dipandang pelik, maka ibu dan bapa Honghong telah merayu agar orang ramai untuk membantui membiayai  kos pembedahan anak mereka yang dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki ini.

Menurut seorang pensyarah di Unit Ortopedik Pediatrik Hospital Awam Hunan, Liu Hong, Honghong perlu menjalani pembedahan ketika beliau berusia antara enam bulan dan setahun.

Screen Shot 2016-05-04 at 5.17.14 PM

Sumber: Weird Asia News

Load disqus comments

0 comments