Tuesday, July 19, 2016

Sexually Transmitted Disease : Chlamydia (Bahagian 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada “Sexually Transmitted Disease : Chlamydia Bahagian 1

 

ArchiveRestrictedDocsInfectionsGentracMenInfertility_10 (1)

Bakteria boleh menyerang tiub fallopian tanpa disedari, menyebabkan tisu normal bertukar menjadi tisu parut.  Parut boleh mengganggu dan menghalang pergerakan telur ke dalam rahim.

Jika tiub fallopian tersekat sepenuhnya oleh tisu parut, sperma tidak dapat berenang untuk mencari telur, dan persenyawaan tidak dapat berlaku, lantas mengakibatkan wanita tersebut menjadi tidak subur/mandul. Kemandulan juga boleh berlaku jika tiub fallopio separuh tersumbat atau walaupun sedikit rosak.

Sehingga 10-15% wanita dengan PID boleh menjadi mandul, dan jika seseorang wanita mempunyai berbilang episod PID, risiko kemandulan adalah tinggi.

Kerosakan ini juga boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvis, mandul, dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang boleh mengakibatkan kematian.

Komplikasi penyakit Chlamydia jarang berlaku pada lelaki. Walau bagaimanapun jangkitan Chlamydia pada lelaki boleh merebak ke epididymis (salur yang membawa keluar sperma dari testis), mengakibatkan rasa sakit, demam dan boleh mengakibatkan kemandulan.

 

Apakah Kesan Chlamydia Terhadap Wanita Hamil dan Bayi Dalam Kandungannya?

chlamydia-symptoms-in-women

Bagi wanita hamil, jangkitan Chlamydia boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang. Bayi yang lahir kepada ibu yang dijangkiti Chlamydia turut boleh dijangkiti penyakit ini pada mata dan sistem penafasan bayi tersebut.

Chlamydia adalah antara faktor utama yang mengakibatkan radang paru-paru pada bayi dan conjunctivitis (sejenis penyakit mata) kepada bayi yang baru lahir.

 

Bagaimana Chlamydia Dikesan?

landscape-1445724218-g-chlamydia-101687447

Terdapat beberapa cara ujian makmal untuk mengesan jangkitan Chlamydia. Ujian air kencing atau ujian darah atau  pengambilan contoh daripada kawasan jangkitan seperti pangkal rahim atau zakar adalah cara untuk mengesan kehadiran bakteria penyakit ini. Sila berjumpa doktor anda untuk mendapatkan rawatan atau mengesan kehadiran Chlamydia.

Peringatan: Ujian Papsmear sahaja atau ujian darah biasa tidak dapat mengesan kehadiran Chlamydia. Sila jelaskan kepada doktor anda bahawa anda ingin melakukan Ujian Chlamydia.

 

Adakah Terdapat Rawatan Untuk Chlamydia?

71085910_XS

Ya. Penyakit Chlamydia boleh diubati dan sembuh dengan cepat dan mudah, hanya dengan mengambil antibiotik dan menghentikan kegiatan seks sepanjang tempoh berubat.

Kebiasaannya, ia dapat dirawat dalam masa kurang dari 2 minggu. Sila berjumpa doktor anda untuk mendapatkan rawatan ini.

Kesemua pasangan seks hendaklah diuji secara klinikal dan dirawat. Anda dan pasangan anda hendaklah menghentikan kegiatan seks sepanjang tempoh berubat sehingga kesemua pasangan telah dirawat dan selesai berubat, jika tidak risikonya adalah kesemua pasangan akan dijangkiti semula.

Wanita yang pasangannya tidak berubat atau tidak mendapat rawatan sempurna adalah sangat berisiko tinggi untuk dijangkiti semula. Jangkitan berulang kali terhadap wanita boleh menimbulkan komplikasi kesihatan pada organ peranakan yang serius termasuk mandul.

Ujian semula untuk mengesan Chlamydia harus dilakukan oleh wanita selepas 3-4 bulan dari tarikh rawatan sebelumnya, terutama sekali jika wanita terbabit tidak pasti sama ada pasangan seksualnya telah mendapatkan rawatan sempurna atau tidak.

 

Bagaimana Chlamydia Boleh Dielak?

chlamydia-prevention

Seperti jangkitan Penyakit Kelamin yang lain, jangkitan Chlamydia tidak akan berlaku dengan tidak melakukan hubungan seksual, atau berada di dalam hubungan monogamous (hanya satu pasangan) dengan pasangan yang telah disahkan secara klinikal tidak dijangkiti penyakit ini.

Penggunakan kondom getah dengan cara yang betul dan pada setiap sesi hubungan kelamin boleh mengurangkan risiko jangkitan Chlamydia.

Sekiranya anda pernah aktif atau sedang aktif secara seksual, anda digalakkan membuat ujian pengesanan Chlamydia ini sekurang-kurangnya setahun sekali. Semua wanita hamil sepatutnya melakukan ujian Chlamydia.

Apa-apa perubahan terhadap organ kelamin anda seperti keputihan yang luar biasa, sakit ketika kencing, ruam atau lepuh, anda harus menghentikan kegiatan seks serta merta dan berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian tentang jangkitan atau perubahan yang berlaku.

Mereka yang dijangkiti Chlamydia serta pasangan seksnya hendaklah berhenti dari melakukan hubungan seksual sehingga tamat tempoh berubat. Jika tidak, penyakit ini akan terus berjangkit dan tidak dapat sembuh.

The post Sexually Transmitted Disease : Chlamydia (Bahagian 2) appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Load disqus comments

0 comments