Sunday, October 16, 2016

Azrinaz Mazhar: Berhijab Atas Tuntutan Agama

Tidak mahu penghijrahan dirinya dikaitkan dengan kekecewaan putus cinta dengan bekas kekasih, Azrinaz Mazhar Hakim mengakui bahawa beliau nekad untuk berhijab sepenuhnya. Namun penghijrahan beliau sejak 1 Muharam lalu bukanlah kerana putus cinta bersama Wak Doyok tetapi kerana keinginan untuk menjadi individu yang lebih baik di sisi agama Islam.

BACA: Azrinaz Mazhar Hakim Mula Bertudung Selepas Putus Cinta?

“Kebetulan ketika meraikan u­lang tahun kelahiran saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung. Tidak la­ma selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah. Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya”

“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” jelasnya kepada Utusan Online berhubung dengan keputusannya untuk berhijab.

Terdahulu Azrinaz dilihat tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri sebuah majlis ulangtahun kelahiran rakannya di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur. Ada yang mendakwa perubahan pada penampilannya disebabkan oleh percintaannya bersama Wak Doyok yang berakhir baru-baru ini, selain beliau bertindak memadam akaun laman sosialnya.

Walau apapun, semoga perubahan ini memberikan nafas baru di dalam kehidupan Azrinaz yang mungkin pada ketika ini sedang bercelaru. Dalam masa yang sama, diharap Azrinaz juga diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam perubahan yang dilakukan. (rkty/w)

7-wak-doyok-akui-sudah-berpisah-dengan-kekasih-jpeg 6-wak-doyok-akui-sudah-berpisah-dengan-kekasih-jpeg 5-wak-doyok-akui-sudah-berpisah-dengan-kekasih-jpeg 4-wak-doyok-akui-sudah-berpisah-dengan-kekasih-jpeg 2-wak-doyok-akui-sudah-berpisah-dengan-kekasih-jpeg 3-wak-doyok-akui-sudah-berpisah-dengan-kekasih-jpeg
Load disqus comments

0 comments