Pelik tapi benar! Gua yang terletak di Sweden, Potter County, Pennsylvania ini hanya menghasilkan ais ketika musim panas. Apa yang menjadikan gua ini unik adalah kerana lazimnya ais hanya akan terbentuk dalam suhu yang rendah tapi tidak di kawasan ini.
Gua unik ditemui pada tahun 1894 dan ketika itu tempat ini hanya dijadikan tempat menyimpan daging serta barangan fresh ketika musim panas.
Councersport Ice Mine dibuka pada orang awam pada tahun 1900 selepas mendapat liputan media. Bermula dari saat itu, gua unik ini menjadi salah satu tumpuan pelancong di Pennsylvania.
Akan tetapi pengunjung hanya boleh menikmati keunikan gua ini dari luar sahaja – itu kami tak pasti kenapa.
Berduyun-duyun pelancong datang membuat lawatan sehinggalah ia ditutup pada tahun 1989 dan kemudiannya dibuka semula pada 2014.
Sumber: onlyinyourstate
0 comments