PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
Bouncer, rocker, car seat dan yang sewaktu dengannya sepatutnya melindungi anak-anak kecil daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun, siapa sangka peralatan-peralatan seperti ini boleh ‘membunuh’ si penggunanya tanpa sedar?
Dah lama cari gambar ini untuk bagi ibu bapa mudah faham. Masa yang terluang selalunya saya lebih suka baca tentang kes-kes forensik yang melibatkan kanak-kanak. Ini kes yang melibatkan rocker atau bouncer yang selalu digunakan oleh ibu bapa meletakkan bayi mereka di atasnya dan diikat agar tidak terjatuh.
Dalam kes ini. bayi diletak dalam bouncer dan dibiarkan bersendirian tanpa sebarang pengawasan. Kanak-kanak ini biasalah, bukannya akan duduk diam. Mereka akan cuba keluar dan semasa dalam percubaan itu, tiba-tiba tersangkut dan tercekik.
Jadi ingat, bukan tak boleh menggunakan peralatan-peralatan seperti ini semua. Namun biarlah si kecil ini di bawah pengawasan orang dewasa ketika menggunakan peralatan seperti ini.
BEgitu juga dengan anak-anak yang didukung dalam baby carrie ke apa entah namanya itu. Jangan seronok mendukung anak dan sibuk bershopping saja, silap-silap anak dah menjadi biru.
Mungkin belum pernah terdengar kejadian seperti ini berlaku di Malaysia. Tetapi ada kes berlaku kalau anda rajin membaca buku-buku forensik.
Seperti car seat itu, pasangkan tali itu elok-elok dan kemas. Jangan terlalu ketat sehingga anak sukar bernafas. Manalah tahu kalau anda sedang sibuk dengan telefon bimbit, anak dalam car seat pula cuba nak keluar tetapi tersangkut. Ibu bapa ingat anak baik saja tidur, sedar-sedar saja dah tak bernyawa.
Jadi ibu bapa, kanak-kanak mesti sentiasa diawasi. Ya, kadang-kadang kita akan terlepas pandang tetapi cubalah buat yang terbaik. Bukan mahu menakutkan, cuma sama-sama beringat untuk anak-anak kita.
Sumber – FB Wan Mohd Ashroff
0 comments