Sunday, October 30, 2016

Ramona Zamzam Enggan Padam Gambar Pegang Anjing

Menyifatkan apa yang dilakukannya tidak melanggar sebarang kesalahan dari sudut agama, pelakon Ramona Zamzam enggan memadamkan gambarnya memegang anjing ketika sedang bercuti bersama suami di Eropah baru-baru ini.

BACA: Ramona Zamzam Pegang Anjing, Peminat Berbalah Ilmu Agama

“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian. Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” jelasnya.

Selain itu, dalam kenyataannya kepada Kosmo!, Ramona menjelaskan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang rakyat Palestin hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.

“Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing,” jelasnya. (rtky/s)

8-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 7-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 6-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 5-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 4-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 2-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 1-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 10-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya 9-ramona-zamzam-enggan-padam-gambar-pegang-anjing-rotikaya
Load disqus comments

0 comments