Tuesday, October 25, 2016

“Saya Serah Soal Anak Kepada Allah”

Walaupun usia perkahwinan masih baru, pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan Nazim Othman dan Bella Dally mempunyai cahaya mata. Pun begitu, bagi Bella dirinya lebih selesa menyerahkan soal zuriat kepada Allah tanpa membuat sebarang perancangan mengenainya, namun pada masa yang sama pasangan ini turut mengharapkan doa dari peminat.

BACA: Gambar Di Sekitar Resepsi Nazim Othman, Bella Dally

“Memandangkan usia perkahwinan masih baru, saya belum terlalu memikirkan perkara itu. Saya dan suami tak pernah merancang. Kami bersedia sahaja. Bagi saya rezeki yang paling berharga. Saya tetap percaya dan yakin dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepat itu sudah tertulis. Saya sentiasa berdoa semoga kami segera dikurniakan anak”

“Pada masa sama saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Ketika bujang saya tinggal seorang diri, tetapi sekarang sudah ada peneman. Lebih menyeronokkan apabila saya pulang dari bekerja suami ada menunggu di rumah. Begitu juga sebaliknya apabila dia keluar bekerja,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Bercakap pula mengenai bulan madu, Bella memberitahu mereka masih tidak mempunyai waktu untuk berbulan madu kerana masing-masing masih terikat dengan kerjaya. Bagaimanapun, pasangan bahagia ini merancang untuk berbulan madu pada tahun hadapan walaupun pada ketika ini mereka berdua masih belum menetapkan destinasi percutian bulan madu. (rkty/w)

1-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 2-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 3-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 4-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 5-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg 7-%22saya-serah-soal-anak-kepada-allah%22-jpeg
Load disqus comments

0 comments