Ini Respon Nabil Setelah Dikecam Teruk Ekoran “Lawak Biadap” Kepada Elly Mazlein
Di konsert kedua Gegar Vaganza musim ketiga, Nabil mencetuskan kontroversi apabila lawaknya kepada Elly Mazlein dikecam hebat para penonton.
Setelah dihentam hebat, akhirnya Nabil tampil memberi respon tentang hal ini.
Jom baca komen Nabil:
MINTA MAAF SECARA TERBUKA
“Kalau mereka rasa tidak senang dan marah dengan lawak saya itu, saya akan buat permohonan maaf secara terbuka pada malam konsert akan datang supaya ia dapat meredakan marah mereka.
“Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi.
TAK KISAH DIKECAM
“Saya sedar orang menonton rancangan ini hanya untuk cari silap kami sahaja dan secara jujurnya saya tidak kisah langsung kerana kecaman itu membuatkan mereka untuk terus menonton.
“Saya tidak kisah dikecam asalkan rating program tersebut meningkat. Ini terbukti pada konsert pertama sahaja penonton meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu,”
BIASA GOSIP
“Pada saya lawak kasar saya tidak mengecilkan hati peserta pun kerana peserta rancangan ini semuanya artis yang sudah lama dalam industri hiburan.
“Mereka sudah biasa dengan gosip, jadi apalah sangat dengan lawak saya itu. Rancangan ini hanya lebih kepada drama dan bukan pertandingan nyanyian biasa,”
Itulah penjelasan dari Nabil tentang isu ini.
Elly Mazlein sebelum ini mengatakan dia tidak terasa hati dengan lawak Nabil namun para peminat Elly yang tidak suka dengan lawak tersebut. -PENMERAHDOTCOM
The post Ini Respon Nabil Setelah Dikecam Teruk Ekoran “Lawak Biadap” Kepada Elly Mazlein appeared first on PenMerah.com.
0 comments