“Pakailah Royal Ward, saya kasi” titah Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar sebentar tadi kepada pihak bomba ketika mencemar duli turun padang bagi melawat keadaan dan mangsa kebakaran wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Turut kelihatan di situ, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama2 tuanku Sultan Johor meninjau keadaan bangunan yang terbakar.
Setakat jam 3 petang ini, Bomba Johor Bahru mengesahkan 6 orang maut terdiri dari pesakit dan seorang jururawat cedera.
“Sultan Johor bertitah supaya Wad Diraja yang lama di hospital ini digunakan sementara untuk dijadikan wad ICU dan menempatkan pesakit,”. Hasil perkembangan menyelamat terkini, dilaporkan 6 orang mayat telah ditemui ketika ini.
The post Sultan Johor Benarkan Royal Ward Digunakan Untuk Mangsa Kebakaran HSAJB appeared first on PenMerah.com.
0 comments