Masihkah anda ingat bila kali terakhir anda mainkan kaset kumpulan nasyid Raihan? Sekadar mengimbau kembali kenangan lalu, bekas vokalis kumpulan nasyid tersebut, Nazrey Johani menafikan dakwaan bahawa kini dia hidup melarat.
BACA: Siti Nurhaliza Diiktiraf Antara Muslim Paling Berpengaruh Dunia
Sebelum ini, gambar Nazrey mengadakan persembahan di pasar tani membuatkan ramai yang beranggapan bahawa kehidupannya kini sudah melarat, namun bagi Nazrey, apa yang dilihat warga laman sosial tersebut adalah dari luarannya sahaja.
“Jangan menilai seseorang itu melalui luarannya sahaja. Tetapi jujurnya saya memang tidak kisah apa juga persepsi orang mengenai diri saya. Melihat gambar saya membuat persembahan di pasar tani, saya juga sebenarnya tidak percaya Allah beri kekuatan buat saya untuk melakukan perkara tersebut”
“Sebenarnya tujuan utama saya turun ke pasar tani itu untuk bertemu dengan orang. Dalam masa yang sama memberitahu mereka mengenai kewujudan Al-Tahfiz Bayu Syahadah yang dibangunkan saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya dalam masa yang sama turun ke pasar itu, untuk meneruskan niat saya ini”
“Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar. Bahkan saya sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu,” kongsinya kepada Utusan Online.
Menjelaskan bahawa kini dia masih lagi menerima royalti daripada lagu lagu Raihan (walaupun tidak seberapa), apa yang lebih penting adalah keikhlasan adalah untuk membantu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah.
Sekadar perkongsian, sehingga kini album Puji Pujian kumpulan Raihan telah pun terjual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia. Malah Nazrey juga mengakui kini dia banyak mendapa tawaran menyanyi di dalam dan juga luar negara. (rtky/s)
0 comments