Tuesday, October 18, 2016

Digi Lancar iPhone 7 Dalam Acara Penuh Meriah

Rasanya semua orang sudah pun tahu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, riuh sekampung jugalah orang kita untuk menjadi antara yang pertama memiliki telefon pintar terbaru dari Apple.

Dengan itu bagi merealisasikan impian peminat iPhone di Malaysia, Digi telah menganjurkan acara #TheAmazing7 bertempat di Digi Headquarters (D’House), Shah Alam bagi melancarkan produk keluaran terbaru Apple di Malaysia.

photo-2

Memang meriah sambutan itu, sampaikan seawal jam 8 malam pun, sudah ramai yang datang memenuhi perkarangan D’House untuk merasai sendiri pengalaman menanti detik perlancaran produk terbabit.

Bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan telefon pintar mereka, Digi turut menyediakan servis Grabcar PERCUMA bagi sesiapa yang ingin datang dan membeli terus iPhone 7 & iPhone 7 Plus disana.

Bagi mereka yang tiba awal disana, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelanggan kesayangan Digi. Sambil menantikan detik 12 tengahmalam, anda boleh melayan movie dan bersantai bersama rakan di bahagian luar headquaters mereka. Kalau lapar pula, terdapat beberapa food truck disediakan di luar pekarangan D’House.

Apa yang paling menarik bagi mereka yang hadir pada malam tersebut, Digi telah menawarkan rebat sehingga RM1,077 kepada pelanggan yang tidak sabar untuk membeli iPhone 7 dan iPhone 7 Plus disana. Jadi memang murah habis harga yang ditawarkan Digi pada malam itu, dengan plan telefon yang juga turut sama berbaloi.

Pada tepat jam 12 tengahmalam, semua telah siap berkumpul di tengah-tengah D’House untuk sama-sama countdown perlancaran iPhone 7 & iPhone 7 Plus. Akhirnya penantian penggemar iPhone berakhir apabila pintu kaunter pembelian iPhone dibuka. Seronok betul masing-masing mencuba telefon baru mereka sampai tak pandang kiri kanan.

photo-3

Untuk pengetahuan, produk terbaru Apple pada kali ini menawarkan pelbagai ciri baru termasuk teknologi terbaru pada kamera, selain daripada bersifat kalis debu dan juga air. Jadi bagi sesiapa yang ingin mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, boleh lewati cawangan Digi berhampiran atau layari: http://ift.tt/2e0giGv

Load disqus comments

0 comments