Sunday, October 16, 2016

“Semua Tahu Ayda Jebat Lebih Popular Dari Saya”

Entah dari mana datangnya khabar berita bahawa Elizabeth Tan bermasam muka dengan Ayda Jebat kerana pihak pengurusan bersikap pilih kasih ketika menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura baru-baru ini. Tidak mudah melatah, Elizabeth Tan menafikan perkara tersebut.

BACA: Elizabeth Tan Kecewa Lagu Baru Kurang Popular

“Kalau nak cakap kami bergaduh sebab siapa lagi popular. Tolonglah, semua orang tahu dia [Ayda] lebih popular daripada saya. Tentulah saya sendiri sedar siapa diri saya. Bagi saya dalam segala hal, saya sangat menghormati Ayda”

“Malah, saya sendiri lihat cara dia bekerja. Memang gila. Dia seorang yang sangat dedikasi, bekerja keras dan tahu apa yang dia lakukan,” memetik laporan daripada Mingguan Utusan.

Bagi Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, dia menghormati Ayda Jebat kerana bakat serta kerja keras malah tetap menyatakan bahawa dia langsung mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi tersebut.

“Dia [Ayda] sudah sangat berjaya dan saya tahu di mana kedudukan saya. Ayda sukar disaingi kerana dia benar-benar berbakat dan hebat. Kalau ada yang bertanya lagi betulkah saya dengan dia gaduh, jawapan saya masih tetap sama”

“Saya tidak ada masalah dengan dia. Tak tahulah di pihak dia bagaimana pula,” jelasnya. Diharapkan khabar angin bahawa dua insan seni ini bukanlah perkara yang benar kerana Elizabeth mahupun Ayda masing masing mempunyai keistimewaan tersendiri. (rtky/s)

7-semua-tahu-ayda-jebat-lebih-popular-dari-saya-rotikaya 6-semua-tahu-ayda-jebat-lebih-popular-dari-saya-rotikaya 5-semua-tahu-ayda-jebat-lebih-popular-dari-saya-rotikaya 4-semua-tahu-ayda-jebat-lebih-popular-dari-saya-rotikaya 3-semua-tahu-ayda-jebat-lebih-popular-dari-saya-rotikaya 2-semua-tahu-ayda-jebat-lebih-popular-dari-saya-rotikaya
Load disqus comments

0 comments