Jika sebelum ini Uqasha Senrose pernah menjadi tumpuan pengkritik di laman sosial kerana membuka tudung, namun pelakon ini mengakui perkara tersebut tidak memberi kesan kepadanya.
BACA: Peminat Uqasha Senrose Bertambah Selepas Buka Tudung
“Saya tak tertekan pun dengan segala persepsi dan maklum balas yang diberikan. Memandangkan ini adalah pilihan sendiri, saya perlu berani menghadapinya. Rutin harian saya berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan”
“Tak telintas langsung dalam fikiran untuk berkurung di rumah. Saya tak mahu lagi bersikap hipokrit dengan semua orang,” katanya. Selain itu, sehingga kini ada segelintir warga laman sosial yang tidak habis habisan mengkritiknya di setiap gambar yang dimuatnaik.
Namun begitu, jumlah pengikut Uqasha Senrose di laman sosial turut bertambah. Sebelum ini Uqasha mengakui menutup ruangan komen kerana tidak tahan dengan golonga haters bagaimanapun lama kelamaan perkara tersebut tidak diendahkannya. (rtky/s)
0 comments