Sunday, December 25, 2016

Zulin Aziz Redha Dihina Gemuk Walau Dah Kurus

Hendak buat macam mana, jika sudah benci memang setiap apa yang dibuat pun pasti akan dikritik dan jadi bahan hinaan. Itulah apa yang terjadi kepada Zulin Aziz yang kini sudah pun turun 10 kilogram namun masih digelar gemuk oleh sesetengah pengguna laman sosial.

BACA: Zulin Aziz Marah Bila Digelar Bodoh Di Internet

“Kalau saya kurus pun belum tentu mereka berhenti menghina saya. Kita bukan boleh puaskan hati semua orang dan ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Pada saya, mereka (netizen yang mengutuknya) ini mungkin ada banyak masa terluang untuk menghentam orang dan menjadikan perbuatan itu sebagai aktiviti pada masa lapang”

“Jadi, saya reda sahajalah. Nak cakap banyak pun tidak guna,” jelas Zulin kepada Kosmo! Online. Malah baru baru ini, gurauan sebutan akad nikah yang ditukar menjadi – angkat nikah oleh Zulin memberi peluang golongan ini mengejek fizikal pelakon ini.

Mengejek dan menghina orang lain dengan berselindung di sebalik akaun palsu laman sosial memang satu tindakan pengecut dan tidak matang. Malah Zulin sendiri tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya kehidupan dan matlamat hidup sendiri adalah lebih penting daripada melayani perkara negatif sedemikian. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments