Thursday, March 2, 2017

Ibu bapa angkat boleh menamakan anak angkat selain nama asal - JPN


SHAH ALAM, SELANGOR - Susulan viral gambar MyKad seorang lelaki warganegara Malaysia yang mencetus pelbagai reaksi netizen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut. 

Menurut jurucakap JPN, pemegang MyKad tersebut, Pang Chee Pin, merupakan seorang yang berketurunan daripada kaum India. 

"Beliau merupakan anak angkat kepada ibu bapa berketurunan Cina. 

"Berdasarkan peraturan sedia ada, ibu bapa angkat boleh menamakan anak angkat dengan nama selain nama asal dan dalam kes bukan Islam boleh mengikut nama keluarga angkatnya," katanya. 

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian, jurucakap JPN itu menafikan dakwaan di media sosial kononnya warga asing diberikan kewarganegaraan bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments