Sopan berhijab menerusi drama terbaru, Suamiku Paling Sweet, Mawar Rashid mengakui dirinya selesa membawakan watak tersebut namun masih belum bersedia untuk berhijrah ke arah itu. Bagaimanapun, Mawar berharap peminat terus mendoakannya untuk berhijrah suatu hari nanti.
BACA: Mawar Rashid Selesa Tanpa Teman Lelaki
“Saya gembira watak bertudung dan saya selesa dengan watak itu. Dengan bertudung saya mudah menjiwai watak, bersopan dan kelihatan manis. Setiap wanita mesti ada keinginan untuk bertudung, cuma masa tidak tahu bila. Saya berharap hati saya terbuka dan ada yang mendoakan Mawar untuk berhijab, jadi wanita menutup aurat”
“Kalau selepas ini watak bertudung pun, saya gembira untuk melakonkannya. Buat masa ini saya gembira dengan diri saya. Saya cuma mengikut rentak dan gerak hati sendiri. Itu keistimewaan dalam drama ini, tiada babak bersentuhan. Dengan tiada babak bersentuhan, orang tengok pun sejuk hati saja,” jelasnya kepada Projek MM0.
Sudah terbiasa melakonkan watak gadis bertudung, Mawar sememangnya tidak kekok menghidupkan karekter tersebut. Sekarang pula sudah semakin ramai selebriti wanita mula berhijab, mungkin dengan doa peminat berterusan, Mawar akan menutup aurat. (rtky/w)
0 comments