Pernah bercinta bersama Hans Isaac selama dua tahun sebelum putus pada 2014, Neelofa menjelaskan bahawa dia gembira mendengar perkhabaran bekas kekasihnya iaitu Hans Isaac yang akan berkahwin.
BACA: “I Feel Sorry For Him, He Need A Life” – Hans Isaac
“Hans memberitahu dia akan berkahwin sewaktu berjumpa dengannya di satu majlis tahun lalu. Saya mahu dia gembira dengan wanita pilihannya. Kami tiada masalah dan mengekalkan hubungan sebagai rakan baik,” katanya kepada Harian Metro.
Baru baru ini, dalam satu sidang media Hans Isaac telah menyatakan bahawa dia dan juga tunangnya, Gabriela Robinson, akan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai ini. Malah perkara tersebut disambut baik oleh peminat Hans di laman sosial.
Bagaimanapun khabar gembira tersebut sedikit terganggu apabila ada seorang lelaki yang mendakwa Gabriela sanggup meninggalkannya demi Hans Isaac. Apa yang pasti, Hans bijak menangani perkara tersebut tanpa melatah. Apa pun, semoga Neelofa dan juga Hans bahagia dengan pilihan hidup masing masing. (rtky/s)
0 comments