Thursday, April 20, 2017

Budak 7 tahun parah selepas terjun dari tingkat 10 menggunakan payung, terpengaruh dengan cerita kartun


SUZHOU, CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun parah selepas terjun dari tingkat 10 dengan payungnya, dipercayai cuba meniru aksi kartun yang ditontonnya. 

Lapor Shanghaiist, selepas menonton kartun terjun dari tempat yang tinggi menggunakan payung sebagai pengganti payung terjun, selamat tiba di bawah menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk mencuba aksi itu.



Malangnya, payung yang digunakan mangsa tidak berfungsi seperti yang diharapkan lalu menyebabkan mangsa terus terjatuh ke bawah dengan laju sebelum tersangkut di beberapa kabel elektrik yang memperlahankan impaknya sebelum terjatuh ke jalan raya. 

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius dan doktor menyatakan mangsa dalam keadaan kritikal.


Pada tahun 2013, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Shenzhen parah selepas terpengaruh dengan aksi kartun yang terjun dari tingkat 6 dengan menggunakan payung. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments