Terlibat dalam salah satu penggambaran iklan baru baru ini, pelakon Diana Danielle sendiri tidak sangka bahawa putera sulungnya, Muhammad berbakat dalam bidang lakonan.
BACA: Diana Danielle Nafi Mengandung Anak Ketiga
“Dia melakukannya dengan baik sekali, dan dalam kempen tersebut ada dialog. Dia ada bakat tapi tidak berminat sebenarnya, dan tidak suka ambil gambar dia sangat rimas. Kalau penggambaran dilakukan dalam sehari tidak mengapa, kalau 7 ke 8 hari dia tak suka,” katanya.
Tamban Diana, dia turut mendidik anak-anaknya tentang bagaimana susahnya untuk bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga dengan niat untuk memberikan motivasi kepada mereka supaya berusaha untuk berjaya dalam hidup.
“Saya memang tekankan keseriusan apabila ‘membuat duit’ dan bagaimana menyimpan duit dan seterusnya mengajar anak untuk mengawal kewangan serta menyedarkan mereka akan hal tersebut dari awal”
“Bila dapat pekerjaan saya memang serius dan sangat garang bila di set,” jelasnya yang turut tidak menghalang anak-anaknya itu untuk terlibat dalam bidang seni. (rtky/h) (rtky/s)
0 comments