Saturday, April 1, 2017

“Doakan Saya Pula Kahwin Lepas Ni”

Baru sahaja meraikan perkahwinan kakaknya semalam, Neelofa berharap tidak lama lagi gilirannya pula akan menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Menerusi satu postingnya di Instagram, Neelofa mengharapkan peminat mendoakannya supaya cepat dapat mendirikan rumah tangga seperti adiknya Noor Nabila dan suami, Sharnaaz Ahmad.

BACA: Neelofa Kembali Berlakon Dengan Fattah Amin

“Saya sedar faktor usia juga membuatkan saya kini sedang memikirkan soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga. Tapi saya tidak mahu tergopoh-gapah. Ada yang juga mendakwa saya tertekan apabila memikirkan soal ini. Hakikatnya, apabila orang ramai sering memperkatakan dan bertanya mengenainya, memang saya rasa tertekan dengan soal itu”

“Allah sedang menguji saya, besar nikmat dilimpahkan bermakna besar juga dugaan yang akan datang. Begitupun, doa saya tidak pernah putus agar suatu hari nanti Allah datangkan kepada saya seorang lelaki, tidak sahaja mampu membahagiakan saya tetapi juga boleh membimbing saya,” katanya sebelum ini kepada Projek MMO.

Malah melalui perkongsian itu, ramai mengambil kesempatan itu bertanyakan identiti jejaka bertuah yang mampu mengambil hati Neelofa. Terdahulu pula, Neelofa dikatakan hangat bercinta dengan Fattah Amin namun hubungan itu berakhir separuh jalan sebelum Neelofa sekali lagi dikaitkan pula dengan seorang kerabat diraja. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments