Mula menjalankan perniagaan menjual bedak sejuk, penyanyi Azza Elite sering digelar artis kampung kerana apa yang diusahakannya itu malah dia sedikit pun tidak malu dengan gelaran tersebut.
BACA: Azza Elite Redha Keguguran Kali Keempat
“Buat apa nak malu? Sebaliknya saya bangga dapat keluarkan produk dengan label sendiri. Malah dengan hasil jualan bedak sejuk juga saya dapat kembangkan perniagaan termasuk mengeluarkan pakaian dengan jenama sendiri”
“Selalu juga orang tegur kenapa artis jual bedak sejuk, kononnya tak ada standard. Tapi saya ambil semua teguran itu secara positif, teguran begitu buatkan saya lebih kuat untuk berusaha majukan perniagaan,” katanya kepada mStar Online.
Apa pun, tahniah kepada Azza Elite kerana berjaya menghiraukan perkara negatif sepanjang menjalani kehidupan. Mana mungkin mulut orang dapat ditutup dan apa yang penting adalah kita dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menyusahkan mana mana pihak. (rtky/s)
0 comments