Jika sebelum ini pelakon Benjy yang juga merupakan anak kepada allahyarham Azean Irdawaty pernah empat kali didakwa kes dadah sekitar tahun 2015, kini Benjy ditahan di Medan, Indonesia kerana membawa dadah ke negara tersebut.
BACA: Benjy Didakwa Edar Dadah & Berdepan Hukuman Mati
Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan Indonesia selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.
“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya. Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur”, katanya yang dipetik dari portal detik.com.
Sementara itu, sehingga kini Benjy masih ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana. Sementara itu, melalui laporan BH Online, bapa Benjy, Khairil Anwar ZM Rashidi berkata, dia tidak merancang untuk ke Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai anaknya itu.
“Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?
Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media. Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat,” jelasnya. (rtky/s)
0 comments