Wednesday, June 21, 2017

Nora Danish Tetap Beraya Rumah Bekas Mertua

Biarpun sentiasa wujud drama diantara mereka walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan baru, namun ia tetap tidak menghalang Nora Danish untuk terus menyambut hari raya bersama bekas mertuanya.

BACA: Fasha Sandha Terasa Dengan Suami Nora Danish?

“Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka”

“Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya,” katanya kepada portal Malaysian Digest mengenai perancangan sambutan hari raya.

Sebelum ini, Nora dah Fasha Sandha yang juga bekas isteri kepada Jejai pernah berselisih faham di dalam satu acara dimana Fasha mendakwa Nora telah menghalaunya dari acara itu. Berhari juga Fasha memuat naik mengenai luahan perasaannya mengenai perkara itu.

Namun di pihak Nora, beliau memilih untuk berdiam diri dan kadang-kala suaminya, Nedim Nazri ada menyindir pelakon itu beberapa kali kerana tidak tahan isterinya difitnah. Disebabkan itulah, wujud pula drama diantara Fasha dan Nedim baru-baru ini. (rtky/w)

Load disqus comments

0 comments