Kes bibik Dato' Aliff Syukri, saya dah melaluinya. Mungkin tak sampai beratus ribu, tetapi merasalah juga pengalaman terkena itu.
Siap satu keluarga saya disantau. Bukan itu sahaja, kemaluan suami saya pun tak boleh 'dipakai' sebulan. Jadi sayur masin, pagi-pagi tak ada rasa apa-apa. Bukan sehari, bukan seminggu, tetapi sebulan. Sampai dia down. Punyalah dia nak santau suami saya sebab dia cemburu melihat saya dengan suami.
Saya jadi apa? Jadi bodoh berbulan-bulan. Kerja saya, makan, tidur, mengantuk siang malam pagi petang. Rumah tunggang langgang tetapi saya nampak semuanya elok. Sehinggalah sahabat saya 'Brave Bella' datang ke rumah sedarkan saya.
Pada mulanya saya tak percaya. Bila dia menyakinkan saya, baru saya nampak satu persatu. Bibik masa itu meroyan menjerit bagaikan orang gila dan suruh kawan saya balik. Kau rasa?
Boleh nampak bibik tak senang duduk. Kejap-kejap masuk bilik beritahu saya jangan percaya dengan kata-kata kawan saya itu.
Patutlah selama ini dia tak nak tidur di bilik bawah. Dia sanggup tidur sebilik dengan anak-anak saya yang dah besar. Rupa-rupanya dia nak pantau apa yang saya buat dengan suami. Bila saya bersama dengan suami, bila saya tak bersama, semua dia tahu.
Dia tak makan dengan kami. Ajaklah macam mana pun, dia cuma makan telur rebus setiap hari. Saya tak syak apa-apa sebab dia solat lima waktu penuh. Mengaji bila malam Jumaat, tetapi rupa-rupanya itulah muslihat dia.
Bila saya pergi berubat, dia kepanasan di rumah. Pernah satu hari saya tergerak hati nak pergi tengok anak-anak di taman permainan. Nak ambil Piya dengan Iki. Tahu apa jadi? Di depan mata saya Piya dihumban ke tanah dengan kejam. Disengguk-sengguk kepala ke tanah. Patutlah selama ini badan dia banyak lebam-lebam. Bila ditanya, katanya jatuh sebab bermain dengan kawan.
Masa itu rasa luruh jantung saya. Anak yang saya kandung dibelasah orang lain. Bukan setakat itu saja. Segala tangkal mula muncul bila dia dah tak ada. Di bawah tilam, di atas pintu rumah, di tanah kedua belah pagar, patung-patung dicucuk dengan jarum bagai semua itu keluar sendiri. Tak payah susah-susah nak cari.
Barang kemas Piya, setiap hari hilang satu persatu. Paling terkesan bila dah kantoi, sayaa tanya dia.
"Bibik suka dengan suami saya ke?"
Dua kali dia menjawab 'Iye". MasyaAllah. Rasa nak terkam dan taboh dia kaw-kaw. Saya punyalah baik sanggup pergi ke kampung halaman dia dan habiskan duit beribu-ribu enjoy bersama keluarga dia. Gaji pula tak pernah terlambat bayar. Siap bagi lebih kadang-kadang.
Sikit pun bibik tak ada rasa kasihan pada kami. Selama ini saya menganggap dia sebagai keluarga saya sendiri. Siap bawa naak saudara dia tinggal di rumah kami dan beri pekerjaan kepadanya. Malangnya, itulah balasan yang kami dapat selama setahun lebih dia bekerja.
Bila dah berubat, baru nampak semua yang asli. Rambut kusut masai penuh dengan kutu. Kuku tangan dan kaki hitam berdakit. Badan dia busuk yang amat. Mulut dia lagilah busuk.
Lantai rumah saya pun hitam. Entah apa bomoh yang dia gunakan, memang terbaik. Sampai ustaz tempat kami berubat ini pun cakap simple saja.
"Dahlah balik ni, kemas kain baju keluar dari rumah. Jangan ganggu rumahtangga orang."
Saya rasa pelik, apa hala pula suruh kemas baju? Saya kan tuan rumah?
Rupa-rupanya bila balik ke rumah, dia menjerit-jerit marahkan saya.
"Kenapa pergi berubat??"
Dia pusing satu rumah tak senang duduk. Saya pun takut tengok dan terus menghubungi kawan saya untuk datang ke rumah. Sampai saja Bella di pagar, dia halau macam orang gila. Masa itulah saya tahu memang dia yang dimaksudkan oleh ustaz.
Apa lagi, halaulah dari rumah. Tetapi suami saya kasihan dan uruskan bibik pulang ke Indonesia. Hantar dia dengan cara yang baik walau apa pun yang dia buat pada kami sekeluarga. Hanya Allah saja yang tahu macam mana.
Apa jadi dengan suami saya? Selepas berubat, dia beransur pulih. Kami ikhtiar cara moden dan tradisional. Makan masa juga dan saya terpaksa berlakon menjadi Maria Ozawa, beli lingerie untuk kembalikan nafsu suami tercinta. Tak mudah tetapi usaha.
Anak-anak habis berkutu, besar pula saiz kutunya. Termasuklah suami pun ada kutu, kecuali saya tak ada sebab kepala saya jenis berminyak.
Kalau ada yang cakap saya nak aibkan dia, katakanlah apa yang korang suka. Korang tak berada di tempat saya.
Oh ya, selama saya disihir, saya tiada nafsu pada suami. Nafsu saya seperti tidur. Dunia saya hanya tidur makan bangun dan begitulah setiap hari. Anak-anak? Tak ambil tahu sebab bibik itu yang jaga.
Yang mana ada bibik itu, berhati-hatilah. Yang datang ke sini semua bermasalah di sana. Contoh seperti pinjam duit orang tapi tak bayar. Ada terlibat dalam kes mencuri dan sebagainya.
Tak serik lagi selepas kes ini, saya ambil pula dua orang bibik, pasangan suami isteri. Yang ini lagi dahsyat.
Sumber: Amy Shima Ramlan
0 comments