Kalau masih ingat tempoh hari ketika Fattah Amin dan Fazura tidak dapat hadir ke program MeleTOP, teruk Neelofa dan Nabil Ahmad menyindir pasangan terbabit. Tapi pada Selasa lalu, ketika Fattzura hadir ke program itu, Neelofa pula nampaknya menghilangkan diri.
Begitulah persoalan orang ramai apabila program MeleTOP telah menampilkan Siti Nordiana dan Imam Muda, Asyraf sebagai pengacara pada malam itu. Umum mengetahui Nabil kini sedang berada di Mekah bagi menunaikan umrah bersama isteri tetapi kenapa pula Neelofa turut digantikan.
Rata-rata peminat terkilan dengan sikap Neelofa yang dilihat seperti tidak profesional kerana tidak hadir ke program itu disebabkan kehadiran Fattah dan Fazura. Ada juga yang mendakwa Neelofa sengaja tidak hadir kerana enggan bertentang mata dengan Fattah.
Minggu lalu, Neelofa sempat memberitahu dirinya akan mengambil cuti berkerja kerana ingin mengerjakan umrah. Tetapi kerana sikap tertanya-tanya terlalu tinggi, ada peminat mengintip akaun Instagram beliau dan khabarnya pengacara itu masih berada di dalam negara.
Bermacam lagilah komen-komen peminat dengan teori-teori mereka tersendiri sehinggakan Instagram MeleTOP dihujani lebih daripada 50,000 komen kerana tidak berpuas hati sikap Neelofa yang seperti kebudak-budakkan. Apapun Neelofa masih tidak memberikan komen mengenainya. (rtky/w)
0 comments