Perkongsian saya untuk kali adalah ringkas tapi padat dengan informasi bermanfaat yang boleh anda amalkan. Ianya dalam bentuk tips-tips apakah anda sebagai suami boleh lakukan bagi membuatkan isteri anda sukakan dan terus menyayangi diri anda.
Berikut adalah 10 tips dan perkara yang jika anda lakukan pasti akan menggembirakan isteri anda hingga mampu membuatkan dia terus menyayangi diri anda.
1. Sayang dan mencintai dia
Wanita pasti tidak akan menolak cinta dan kasih sayang dari suaminya sendiri. Malah, setiap hari dia sangat dambakan kasih sayang dari anda. Tunjukkan pada dia yang anda sangat mencintai dia melalui kata-kata dan perbuatan.
2. Memenuhi kehendak dia
Wanita pasti mempunyai keinginan hendakkan sesuatu. Anda kenal pasti dan penuhi kehendak dia. Sudah pasti dia akan lebih menyayangi anda jika anda penuhi permintaan dia.
3. Memuji dia setiap kali lakukan sesuatu perkara dengan baik
Si isteri sangat suka jika hasil penat lelah dia disukai oleh suaminya. Anda perlu sentiasa memuji isteri anda bagi setiap usahanya.
4. Sentiasa membuatkan dia ketawa
Bagi isteri, suamilah tempat mereka bermanja dan mencari hiburan. Anda hiburkan dia dengan jenaka, pasti dia akan gembira bersama dengan anda. Janganlah serius sahaja setiap masa.
5. Memberi dia kepuasan seks yang maksimum
Isteri anda akan lebih sayang pada anda jika anda berjaya memberi dia kepuasan seks yang maksimum. Jadi seorang romantik dan penuhi permintaan seks dia.
6. Menolong dia melakukan kerja urusan rumahtangga
Isteri akan rasa sangat gembira dan bahagia jika anda menolong dia melakukan kerja rumahtangga seperti mengemas rumah, membasuh dan mop lantai. Dia rasa sangat di sayangi jika anda berbuat demikian.
7. Sentiasa menemani dia
Isteri selalunya berbangga dengan suaminya. Kalau boleh, dia hendak tunjuk pada semua orang yang andalah orang yang telah berjaya mencuri hatinya. Anda perlu temani dia ke mana sahaja dia hendak pergi. Jangan biarkan dia keseorangan walaupun ke kedai.
8. Bersikap jujur dan setia
Jika anda jujur pada pasangan anda, dia akan 10 kali lebih jujur terhadap diri anda. Dia akan hormat pada anda dan tidak akan sembunyikan apa sahaja dari anda.
9. Memberi dia hadiah
Anda tidak perlu menunggu sehingga hari istimewa seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan untuk memberi dia hadiah. Anda beri sahaja hadiah padanya setiap kali anda rasa hendak berbuat demikian pada dia. Dia akan rasa sangat bahagia setiap kali menerima hadiah dari anda walaupun sekecil manapun hadiah tersebut.
10. Sentiasa memberi dia galakan dan motivasi
Isteri anda akan rasa sangat bahagia setiap kali anda beri galakan pada dia. Bagi dia, andalah penyokong yang paling rapat dan kuat. Sentiasa beri galakan pada isteri anda. Kalau boleh, pada setiap hari dan setiap masa terhadap apapun aktiviti dan perancangan yang ingin dilakukan olehnya.
Jika anda rasakan artikel ini sungguh bermanfaat, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook. Share The Love
The post 10 Tips Buatkan Isteri Terus Sayang Anda appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments