Bang! Burger satu letak cheese meleleh ea!
Agak rugi siapa yang tak gemar makan cheese atau keju ini. Ada yang suka makan mentah-mentah walau rasanya sedikit masin dan juga boleh dipelbagaikan penyediaannya seperti dibakar, cair, cubed, parut, reput, dan dihiris.
Sebagai pengetahuan, Keju adalah produk tenusu dibuat daripada susu lembu, kambing, biri-biri, dan mamalia lain. Terdapat lebih daripada 500 jenis keju yang dihasilkan di seluruh dunia, termasuk Blue, Cheddar, Cottage, Colby, Swiss, Parmesan dan Mozzarella. Jenis keju yang dihasilkan ini bergantung kepada susu yang digunakan dan proses pembuatannya.
Selain rasanya yang enak dan berlemak, keju juga memberi faedah kesihatan kepada manusia. Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan keju:
1. Mencegah kanser
Keju mengandungi bahan dipanggil Conjugated Linoleic Acid yang dapat membantu tubuh anda mencegah kanser. Vitamin B dalam keju juga membantu melindungi tubuh daripada penyakit.
2. Menguatkan tulang
Selain itu, keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis. Di samping itu, vitamin B dalam keju juga membantu badan anda menyerap dan menyalurkan kalsium kepada tulang.
3. Menambahkan berat badan
Buat si kurus melidi yang tengah berusaha nak menambahkan berat badan, bolehlah banyakkan mengambil keju dalam makanan seharian. Keju yang kaya dengan protien, kalsium dan lemak adalah cara sihat untuk anda menambahkan otot, lemak, berat dan kepadatan tulang.
4. Mencegah kerosakan gigi
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.
5. Baik untuk kulit
Seperti yang kita tahu, keju kaya dengan vitamin B. Ini menjadikan ia sangat baik untuk kulit kerana vitamin B amat diperlukan dalam pertumbuhan sel, menjadikan kulit bercahaya dan mengeluarkan noda yang menyebabkan kulit yang sihat dan anda boleh dapatkan vitamin tersebut dalam sepotong keju sahaja.
6. Mengekalkan kesihatan mata
Keju juga mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan penglihatan yang normal dan mengelakkan rabun.
7. Meningkatkan sistem imunisasi
Untuk pengetahuan anda, sesetengah jenis keju seperti Blue, Swiss dan Cheddar adalah kaya dengan selenium dan antioksidan yang penting dalam sistem imunisasi badan anda. Selain itu, vitamin B dalam keju ini akan mengekalkan fungsi badan dan meningkatkan sistem imunisasi.
Walau bagaimanapun, perlu diingat keju juga adalah berbahaya jika diambil dengan banyak kerana kandungan lemak dan garamnya. Jadi! makan boleh tapi berpada-pada!
The post Ketahui Khasiat Dalam Keju Bagi Yang Gemarkannya! appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments