Susulan gambar diubah menjadi bahan lucah oleh individu tidak bertanggungjawab, Mira Filzah tidak menganggap popularitinya sebagai punca utama beliau menjadi sasaran. Baginya, perbuatan itu lebih kepada ingin menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita bertudung.
BACA: Mira Filzah Tamat Pengajian & Hadiri Majlis Graduasi
“Saya tidak rasa populariti saya sebagai pelakon ada kena mengena dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini tetapi ianya adalah lebih kepada niat yang tidak baik dari pihak berkenaan yang saya sendiri tidak tahu siapa atau apa tujuannya”
“Bagaimanapun saya lega kerana peminat dan masyarakat tidak terpedaya dengan gambar tersebut kerana jelas ia telah di edit. Sebab itu saya tidak risau jika ada peminat percaya dengan gambar berkenaan kerana saya ramai saksi sebab majlis hari jadi saya dianjurkan oleh mereka,” katanya kepada m Star Online.
Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa gambar berkenaan diambil ketika beliau sedang memegang makanan bersempena sambutan hari jadinya yang diadakan oleh kelab peminatnya. Dengan majlis yang dipenuhi orang ramai itu, beliau yakin orang ramai tidak akan sewenangnya percaya dengan gambar itu.
Terdahulu, gambar Mira yang memegang objek replika kemaluan lelaki tersebar meluas di media sosial sehingga memaksa pelakon itu tampil membuat penjelasan di Instagram. Namun begitu, Mira menafikan sekerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa gambar itu sebenarnya diubah. (rkty/w)
0 comments